Life is ......

Life is ......
LaDy BiRd

Sunday, August 15, 2010

wahai lelaki jangan diremehkan aurat anda..


Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.
    Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.
   Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?
   Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.
   Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.
   Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.
   Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?
   Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.
   Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.
   Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.
    Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.
    Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.

    Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?

Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar


sOlat @ sembahyang?

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan

istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi
pada hakikatnya,

istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat
unsur

"Syirik."



Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan

"Sembahyang. " Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan
"Sembah" dan

"Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh
penganut

Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai
"menyembah

berhala yang bernama Hyang."



Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia,

mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah

mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada
"menyembah dewa yang

bernama Hyang."



Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian

pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang, " terserahlah
kepada mereka,

kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi
Umat

Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai

"Sembahyang" , yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk
kepada

"menyembah dewa bernama Hyang."



Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun

untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang
Subuh,"

kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat
istilahnya



Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah

hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai

kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati

dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.



SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

Thursday, August 12, 2010

Yunk..

Lagu "yank"

artis : waliband

Yang Coba Kau Jujur Padaku
Yang foto Siapa Di Dompetmu
Yang Kok Kamu Diam Begitu
Sayang Jawab Atau aku Pergi Sayang

#
aku Tak Mau Bicara
Sebelum Kau Cerita Semua
Apa Maumu
Siapa Dirinya
Tak Betah Bila Ada Yang Lain
Jangan Hubungi ku Lagi
ini Bisa Jadi Yang Terakhir
aku Ngerti Kamu
Kau Tak Ngerti Aku
Sekarang Atau Tak Selamanya

Yang Jangan Kira ku Tak Tahu
Yang Tak Mudah Kau Bodohi Ku
Yang Tolong Dengarkanlah Aku
Tapi Sayang
Masih Pantaskah Kau Kupanggil Sayang

Back To #

Salahmu Mau Bicara
dan ku Akan Cerita Semua
Apa Mauku
Siapa Dirinya
Karna Memang Tak Ada Yang Lain
Terus Hubungiku Lagi
Jangan Bilang ini Yang Terakhir
aku Ngerti Kamu
Kamu Ngerti Aku
aku Sayang Kamu Selamanya
 

Wednesday, August 11, 2010

meniti kehidupan di bulan Ramadhan

walaupu arini 1st puasa tp aku rasa mcm kecelaruan sket..

mcm mane la aku leh lpe dh beli makanan..
bleh plak aku beli lg..
byk plak 2..
aku kecelaruan..!!!
membazir..!!!!
semOga de rezeki org lain dlm ni sume.huhu..
dlm bulan ni la aku nk bersihkn hati..
kat bazar td de plak org gaduh..
bleh plak gduh time2 pOse ni..
pe nk jadi la..
jgn la wat benda2 yg engarut 2..dh besar masing2..anak pn agaknya 4/5 org dh kot..haii..
pe2 pn sabar 2 sebahagian dr iman...

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT BERPUASA SEMUA UMAT ISLAM.. =)

Aku mulakan blOg ni di bulan puasa..
semOga ia memberi berakah kpd diriku..
selamat berpuasa ye semua..
aku nk mintak maaf kat semua org..
semOga semua org juga memaafkan diriku..
aku juga mempunyai satu hajat yg besar..
iaitu kembali menjalinkan semula hubungan yg sekian lama terputus..
semOga Allah memakbulkan impian aku ni..
Aminnn..(sgt berharap..huuu..)