Life is ......

Life is ......
LaDy BiRd

Sunday, January 30, 2011

Kerja..

7 februari ni strat kerja..
Alhamdulillah..
boleh la aku start kumpul duit nak beli kereta.hehe..
kereta pe ek?hehe..
Nantikan kemunculannya.hehe..

Wednesday, January 26, 2011

LAPAR

Ah! nape la semakin hari semakin lapar..
kejap2 lapar..
baru je makan dh lapar balik..
nape nak makan gak walaupun dah kenyang????
badan dah bulat macam bola feveret bf aku.huhu..
Arghhhh..tidak!!!!

Thursday, January 20, 2011

Doorgift

Bagi yang tengah merancang untuk melangsungkan perkahwinan pastinya doorgift ni merupakn salah satu perkara yang perlu diambil kira kn?
wajib!! hehe..
kalau tak rasa tak lengkap.hehe..

tahun lepas or 2 tahun lepas..
aku de tengok kat dalam tv sal satu doorgift yang menarik hatiku ni..
save la die nyer website dalam handphone..
(konon2 nak kawen ler..ahaha )
skali ter"delete lak".huhu..
puas la mencari kot2 de kat website tp xjumpa..

skali tadi masa bukak tv nampak la sal doorgift yang sama kat tv1..
owhhh..sangat suka..hepi tak terkata..
ase nak lompat je..
tp tak wat la sebab nanti ayah aku kata anak die gila la plak.hehe..

Doorgift yang aku maksudkan adalah TETRIS GLASS..
cantik..
aku suka style ni sebab ase unik..
memori yang orang akan ingat la slagi glass 2 xpecah.hehe..



kalau siapa yang berminat nak jadikan doorgift..
boleh la melayari web ni..
banyak lagi doorgift yang korang leh tengok..
tapi ni la pilihan hatiku..

tapi sebelum membuat keputusan pastikan bajet perkahwinan anda banyak.hehe..
aku??
kalau leh mang la nak..
tapi tengok la dulu camne nanti..
ikot kemampuan la.hehe..




----> yang penting bahagia.... =)

Cincin

Hurmm..sebut sal cincin ni bkn sebab aku nak tunang or kawen..
tapi tadi sambil melayari FB..
aku tgk la senior ni punyer wed. ceremony..
dia ajak aku melalui adik dia a.k.a awek kawan aku..
tapi (tapi lg..hehe) aku tak dapat datang..
yela, duit tak de..n tak de kawan nak gi..

Berbalik kepada cincin tadi..
aku de tengok cincin yang diberi kepada pihak lelaki..
aku ni tak de la reti pun nak pilih2 cincin untuk lelaki..
tapi bila tengok cincin yang diberikan tu, ase berkenan lak..
simple tapi mahal kot..
suka sangat..
nampak exclusive..
hehe..




ni la cincin 2..amacam? cantik kan?hehe.. =)




kat mana ek nak cari cincin untuk lelaki?
selalu survey untuk diri sendiri jep..hehe..
Berkenan sangat..
macam aku laks yang nak pakai.heh..



Wednesday, January 19, 2011

Benci...

tak tou..
wat2 xtou..
benci..
ah..
sindrom2..
huh..
mcm ne ni??
never last..
how long??
Depends..
ah..
i dont care anymore..


want 2 go 4 a vacation..mayb pluto since its not a planet anymOre..

Tuesday, January 18, 2011

Cinta Matiku..

Lirik lagu ni aku tujukan untuk yang tersayang...lagu nyanyian sixth sense..

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

*
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Ulang *
Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu




Camry jadi TEKSI????

Baru je tgk member kat FB..
Die gi Dubai..
Aku xtou la die wat pe kat Dubai 2..
mayb de keje or outstation..
yela, memandangkn die budak pandai..(xmacam aku..duk melaysia je.hehe)
yang mengejutkan aku ialah teksi kat sane guna  Toyota Camry 2..
Perghhhhhhhh..
2 yang bleh aku cakap...
mang terkejut la..(bagi yang perak macam aku la)hahaha...


Pink -----> Nak pegang saga pun ase beban dah walaupun aku bukan taxi driver.huhu..

Hari Pertama...

Hari pertama mencari sesuap nasi...
penat..
lapar.hehehe..
Esok? boleh ke aku bertahan?
Untung sabut timbul, untung batu tenggelam..
Dapat gaji bleh shOping.hehe..

Monday, January 17, 2011

kosong...

Penah tak rasa kosong dalam diri anda? 
Hmm.. ngah rasa kosong skrg ni..Adeh..
Cne nak buat ke?
Kepada siapa harus mengadu..
Allah..ya itu jawapannya..
Tapi Allah hantar siapa ya untuk mengubati rasa kekosongan ni buat sementara waktu..
sementara menunggu yang kekal abadi.huuhu..
Semoga perasaan yang tak bahgia ni berakhir dengan cepat...
ASAP k...
huh..ingin mengeluh lagi...=(

Sunday, January 16, 2011

want 2 buy sOmething online!!!

    Lama dah tak bukak 1 website yang amat aku gilai semasa tengah belajar.. haa..kalau nak tau website 2 adalah adorable muslimah.. yup!! tempat shoping baju la semestinya.. aku suka beli kat website ni sebab pakaiannya menepati citarasa aku sebagai model pakaian muslimah.hehe.. ta keterlaluan kot nak kata diri ni model sebab setiap hari orang pandang kita..apa yang kita pakai, pe yang kita buat..pastinya sedikit sebanyak menjadi ikutan kepada orang di sekeliling kita..contoh terdekat yang aku boleh bagi adalah adik aku yang tidak berapa menepati kehendak sebagai muslimah..bukan nak kata aku baik tapi aku wat la baik sket2.hehe.. bila kita pakai pakaian yang menutup aurat..cantik..pastinya orang ikut suka pakai pakaian macam kita..pe salahnya berkorban wang ringgit sikit untuk berdakwah secara tidak langsung..memakai pakaian yang labuh, longgar dan semestinya sopan.hehe.
    Humm...aku sekarang tengah tak ada duit..macam mana ek? kalau lambat mesti la melepas.huhu.. stakat ni dah de beberapa koleksi yang dibeli..ramai yang tanya beli kat mana? so dengan tanpa segan silau aku pn bgtou la kat mana..mengajak lebih ramai memakai pakaian sopan begini..dakwah secara senyap..heee..

 -------> setiap pe yang kita wat mesti la dipasang niat..dan niat 2 semestinya kerana Allah..

Saturday, January 15, 2011

Sesuatu yang tak disangka..

Sesuatu yang tak disangka..
sering kali mendatangi kita..
itukah suratan dalam kehidupan..
bimbang kan berulang kesilapan.....


Kadang-kadang kita tak sangka pun sesuatu benda tu terjadi kat diri kita..dalam pelbagai perkara..berbeza la bagi setiap orang..mungkin kejadian yang menimpa, ayat yang tak boleh diterima, perbuatan yang tak boleh diterima oleh akal n fikiran..macam-macam la..

Terdapat la antara kejadian tu menimpa aku..agak sukar la nak hadapi..tapi kena harungi gak la walaupun pahit.. kadang-kadang ada benda yang boleh diubah seperti sedia kala..ada yang langsung tak boleh diubah..jadi lagi teruk pun ada..

pe yang perlu kita wat adalah hadapi dengan tenang dan banyak-banyak berdoa plus redha la dengan ketentuanNya..

Friday, January 14, 2011

koi sebut...

Aku dilahirkan di Perlis tetapi dibesarkan di Pahang.. Nak kata aku pandai ckp loghat utara xla gak..tp aku faham la pe yg orang cakap sebab abah pun orang utara.. walaupun aku duk Pahang tapi aku tak pandai pun bertutur dalam loght pahang.huhu~~ sejak aku duk pahang sampai la aku umur 16 tahun aku xpandai pn cakap pahang..haram aku tou.huhu..sebab kat tempat aku ni Integrasi..masyarakat dari negeri yang pelbagai..so sume cakap bahasa standart la.. aku sekolah kat kuantan dulu pun cakap standart gak..ble aku pindah sekolah kat raub baru la aku dengar loghat pahang ni.huhu..

Loghat pahang ni pelik sket..die ikot arus sungai pahang..bukan aku kate..orang yang kaji ni la cakap.hehe.. makin laju arus sungai kat kawasan tu makin laju la percakapan orang tu.. kadang-kadang kalau naaik teksi kat temerloh ke @ at mana-mana, driver tu akan cakap "aok dari raub ye?" (awak dari raub ye?).. orang raub ni cakap laju sket..aku pun tak perasan sebenarnya..tapi bila kawan-kawan selalu suruh ulang balik pe yang aku cakap, aku pun setuju la dengan pendapat tu.hehe..

Abang aku boleh la sket2 cakap loghat raub ni..adik beradik yang lain tak pandai pun..yela sebab along bergaul dengan budak-budak pure raub dah lama..aku walau cne pun tak nak la cakap macam tu.huhu..macam buruk je.uhuk.uhuk.. loghat pahang ni berbeza-beza mengikut daerah..aku pun tak master sal benda-benda ni semua sebab pergaulan aku adalah pergaulan yang standart.ahahaha..agak poyos di situ..

Contoh perkataan yang berbeza , yang mudah la aku bg..

awak ---> aok..
keh ---> saya
koi----> saya..
biskut ---? bisket

macam lagi la..aku pun tak berapa tau.huhu..

cme aku nak share la satu cerita kat sini satu kejadian kat kedai makan akibat loghat pahang ni.hehe.. satu hari seorang pak cik ni datang la nak makan kat sebuah restoran..biase la nak makan-makan kan.. Dengan penuh dedikasinya seorang waiter ni datang la untuk melayan pak cik ni kot2 la nak order pe..

waiter : selamat datang pak cik..pak cik nnak order pe?
pak cik : koi nok koi sebOt..

   sambil mengerutkan dahi waiter ni pun mengambil pesanan dan memandang pak cik ni berkali-kali..tanpa berlengah lagi waiter ni pun berlalu..
  Beberapa minit kemudian waiter tersebut datang dengan sebuah dulang yang berisi sebotol minuman..kemudian dia meletakkan botol minuman tersebut di atas meja pak cik tersebut.. CARLSBERG !!! Pe lagi..terjojol la bijik mata orang tua tu..

pak cik : eh, koi tak order ni..
waiter : tapi tadi pak cik cakap nak carlsberg..
pak cik : tadi koi cakap..koi nak koi sebut.. (saya nak saya cakap @ saya nak nanti saya order la)
waiter : maaf pak cik..

waiter tersebut berlalu sambil menggaru-garu kepalanya..ahahaha...

ni la padahnya kalau ayam cakap dengan itik.hehehe...



-----> keh nak tido doh ni..hehe..

Thursday, January 13, 2011

Pertembungan Bahasa dan Budaya

cewah..tajuk post macam ahli sastera.hehe.. sebenarnya aku tengah berfikir mengenai pertembungan bahasa dan budaya melalui perkahwinan apabila seorang lelaki dan perempuan dari kelompok brbeza berkahwin.. contoh terdekat yang aku leh bagi adalah mama dengan abah aku.. mama orang TemerlOh, Pahang..Abah lak orang Perlis..pastinya budaya dan bahasa ataupun loghat dia berbeza kan.hehe..
aku terpikir benda disebabkan 1 kejadian di petang hari tadi..ahahahaha...aku gelak dulu la sebelum cerita.. petang tadi kami bersihkan kawasan rumah sama-sama..mama dengan abah angkat la tayar yang berisi tanah untuk dialihkan kat tempat lain..xde keje kan angkat benda ni plak..bkn pe, ketua kampung a.k.a pengurus kampung aku tak nak hias kawasan guna tayar tapi nak guna batu..de ke patot menyusahkan rakyat..hish.. berbalik kepada cerita tadi..mama dengan abah nak angkat tayar yang besar lagi berat 2 merentasi longkang agak besar la..sambil angkat abah cakap "tauk!tauk!!" abah melepaskan tayar tersebut..mama masih lagi memegang tayar tersebut..pe lagi..sakit pinggang la orang tua.ahaha.. mama pun marah la " tauk..tauk.. letak..bukan tauk..!" aku pun pe lagi terkekek-kekek ketawa.ahaha.. mendengar aku ketawwa..mama pun tak jadi marah..sebaliknya ketawa.ahaha.. terselamat la telinga mendengar bebelan hari ni.ahaha.. kuasa anak la katakan.hehe.. tapi memang lawak la..bayangkan la kalau orang dari loghat yang begitu ketara macam kelantan dan kedah ke.. hish..gawat tu..kalau gaduh macam ayam dengan itik la.hehe..


-------> suka perkahwinan jarak jauh sebab banyak perkara boleh belajar dannnn....boleh jalan-jalan.hehehe...

Wednesday, January 12, 2011

Mumia Firaun Temukan Dr Maurice Dengan Islam

PADA pertengahan tahun 1975, Perancis yang ketika itu di bawah pemerintahan Presiden Francisco Mitterand menawarkan kerajaan Mesir bantuan untuk meneliti, mempelajari dan menganalisis mumia Firaun, Ramsess II yang sangat terkenal.

Firaun yang dikatakan hidup di zaman Nabi Musa yang akhirnya mati tenggelam dalam Laut Merah ketika mengejar Musa dan para pengikut baginda yang melarikan diri daripada kekejamannya.

Mesir menyambut baik tawaran itu dan membenarkan mumia itu diterbangkan ke Paris. Malah ketika sampai di sana kedatangan mumia itu disambut dengan pesta dan keramaian.

Ini termasuklah apabila Mitterand dan para pemimpin Perancis yang lain tunduk hormat ketika mumia itu dibawa lalu di hadapan mereka.

Mumia itu kemudiannya diletakkan di ruang khas di Pusat Arkeologi Perancis. Di situ ia bakal diperiksa sekali gus membongkar rahsianya oleh para pakar, doktor bedah dan autopsi Perancis yang dipimpin oleh doktor yang sangat terkenal, Prof. Dr. Maurice Bucaille.

Bucaille seorang pakar bedah kenamaan Perancis yang dilahirkan di Pont-L’Eveque pada 19 Julai 1920. Memulakan kerjaya di bidang perubatan am dan pada tahun 1945 beliau diiktiraf sebagai pakar di bidang gastroentorologi.

Ramai kerabat diraja dan keluarga pemimpin dunia menggunakan khidmat Dr. Bucaille, termasuk Raja Faisal Arab Saudi dan pemimpin Mesir, Anwar Sadat.

Lalu kesempatan beliau untuk membedah dan menyiasat mumia Firaun, mengerah seluruh tenaga dan mindanya untuk menguak misteri di sebalik penyebab kematian raja Mesir kuno itu.

Ternyata, hasilnya sangat mengejutkan. Dr. Bucaille menemukan sisa-sisa garam yang masih melekat pada jasad mumia tersebut sebagai bukti terbesar bahawa Firaun itu mati akibat tenggelam di dalam laut. Iaitu jasadnya segera dikeluarkan dari laut, ‘dirawat’ segera dan dijadikan mumia supaya jasad itu kekal awet.

Namun penemuan itu menimbulkan persoalan yang sangat besar kepada Dr. Bucaille. Bagaimana jasad tersebut masih dalam keadaan sangat baik berbanding jasad-jasad yang lazimnya tenggelam dan dikeluarkan daripada laut?


Lalu beliau menyiapkan sebuah laporan akhir yang diyakininya sebagai penemuan baru, iaitu proses menyelamatkan mayat Firaun dari laut dan kaedah pengawetannya.

Laporan tersebut diterbitkan dengan tajuk; Mumia Firaun: Sebuah Penelitian Perubatan Moden (judul asalnya; Les Momies Des Pharaons Et La Midecine). Ekoran penerbitan laporan itu, Dr Bucaille dianugerah penghargaan tertinggi kerajaan iaitu Le Prix Diane Potier-Boes (Penghargaan Dalam Sejarah) oleh Academie Frantaise dan anugerah Prix General daripada Academie Nationale De Medicine, Perancis.

Namun seorang rakan sempat membisikkan kepada Dr. Bucaille bahawa penemuan ini sebenarnya bukan sesuatu yang baru.

“Jangan tergesa-gesa kerana sesungguhnya umat Islam telah berbicara mengenai peristiwa Firaun yang mati lemas dan mayatnya dipelihara sehingga hari ini!”

Namun kata-kata itu ditentang keras oleh Dr. Bucaille kerana beliau menganggap sangat mustahil. Baginya membongkar sesebuah misteri yang lama tidak mungkin dapat diketahui kecuali dengan perkembangan teknologi moden, peralatan dan makmal canggih yang mutakhir dan tepat.

Kisah Firaun dalam al-Quran

Hakikatnya Dr. Bucaille menjadi serba salah dan bingung apabila diberitahu bahawa al-Quran yang diyakini dan dipercayai oleh umat Islam telahpun meriwayatkan kisah tenggelamnya Firaun dan kemudian mayatnya diselamatkan.

Beliau semakin tertanya-tanya, bagaimana perkara seperti itu dapat diterima oleh akal kerana mumia itu baru sahaja ditemui sekitar tahun 1898. Sedangkan al-Quran telah ada di tangan umat Islam sejak ribuan tahun sebelumnya.

Sambil mata tidak lepas memandang mumia Firauan yang terbujur di hadapannya, Dr. Bucaille terus tertanya-tanya bagaimana al-Quran dapat membicarakan kisah Firaun yang jasadnya diselamatkan dari hancur sejak ribuan tahun lalu.

“Apakah masuk akal di hadapanku ini adalah Firaun yang cuba menangkap Musa (Nabi)? Apakah masuk akal Muhammad (Nabi) mengetahui hal sejarah ini? Pada hal kejadian Musa dikejar Firaun telah berlaku sebelum al-Quran diturunkan,” bicara hatinya sendirian.

Lalu beliau mendapatkan kitab Injil yang di dalamnya hanya membicarakan Firaun yang tenggelam di tengah laut saat mengejar Nabi Musa tetapi tidak diceritakan mengenai mayat Firaun.

Sementara dalam Kitab Perjanjian Lama (Injil Lama) pula yang diceritakan dalam kitab itu hanyalah: “Air (laut) pun kembali seperti sebuah lautan yang berombak dan beralun, menenggelamkan kereta-kereta (chariot) kuda, pasukan berkuda dan seluruh bala tentera Firaun tanpa ada seorang pun yang berjaya menyelamatkan diri. Tetapi anak-anak Israel dapat menyelamatkan diri atas daratan kering di tengah-tengah laut itu”. (Exodus 14:28 dan Psalm 136:15)

Dr. Bucaille sangat terkejut kerana tidak ada disebut langsung mengenai apa yang terjadi seterusnya kepada mayat Firaun selepas tenggelam itu.

Ini menjadikan beliau semakin kebingungan.

Apabila mumia dikembalikan semula ke Mesir, Dr. Bucaille terus mendapatkan kepastian mengenai mumia itu. Lalu beliau memutuskan untuk bertemu dengan para ilmuwan Islam mengenai sejarah Nabi Musa, kekejaman Firaun sehinggalah Bani Israel meninggalkan Mesir dan dikejar Firaun dengan seluruh bala tentera di belakang mereka.

Maka salah seorang mereka terus bangun dan membaca ayat al-Quran berhubung sejarah tersebut untuk Dr. Bucaille mendengarkannya sendiri:

“Maka pada hari ini Kami selamatkan badan kamu supaya kamu dapat menjadi pelajaran bagi orang-orang yang datang sesudah kamu dan sesungguhnya kebanyakan manusia lengah dari tanda-tanda kekuasaan Kami. (Yunus: 92).”

Apabila mendengar ayat ini, hati Dr. Bucaille benar-benar tersentuh. Beliau akhirnya mengakui kebenaran ayat itu kerana ia dapat diterima akal dan memberikan satu inspirasi serta dorongan kepada sains untuk maju meneroka lebih jauh lagi.

Lalu dengan hati yang begitu bergetaran dalam menahan sebak dan keharuan, beliau pun bangun dan dengan suara yang lantang berkata: “Sesungguhnya aku masuk Islam dan beriman dengan al-Quran ini.”

Tidak sekadar beliau mengakui kebenaran dan memeluk Islam tetapi beliau kemudiannya pulang ke Perancis dengan menggali seluruh isi al-Quran.

Akhirnya beliau berjaya menerbitkan buku yang sangat mengejutkan seluruh dunia dan sehingga kini telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa pada tahun 1976, iaitu The Bible, the Qur’an, and Science : The Holy Scriptures Examined in the Light of Modern Knowledge.

Melalui buku ini, Dr. Bucaille yang kemudiannya dikenali sebagai Dr. Yahya Maurice Bucaille berjaya membuktikan bahawa al-Quran adalah selari dengan fakta-fakta sains sementara kitab Injil adalah sebaliknya.

“Sains dan Islam umpama saudara kembar yang tidak boleh berpisah. Ini kerana dalam Injil terdapat pelbagai kesilapan dari aspek saintifik tetapi tiada sedikitpun kesilapan seperti itu ada dalam al-Quran.

“Al-Quran yang di dalamnya diceritakan segala penjelasan mengenai fenomena alam semula jadi yang sangat bertepatan dengan sains moden,” katanya.

Beliau memberikan kesimpulan bahawa tidak syak lagi al-Quran benar-benar kalam Allah


http://hakaluka.blogspot.com/2010/12/mumia-firaun-temukan-dr-maurice-dengan.html




------> Subhanallah..bagaimana harusku mendapat hidayah seperti itu agarku dapat menikmati kemanisan iman itu..hu..



Hati..

Kecik hati..........

sakit hati.....................




-------> pujuk hati sendiri...........

Abah

Pada jam 12.30 tengahari tadi mama dengan abah balik dari ladang getah..sesampai je kat rumah abah mencapai sebiji gelas lalu menuangkan air kopi dr thermos..kemudian abah duduk di meja yang kerusi 8..waa..aku sudah tau petanda apakah yang ditunjukkan abah..gari ni mama ngan abah mengutip getah..yeay!! jadi abah ngah mengira hasil duit getah yang abah bawak balik tu la.hehe.. aku pun pa lagi, menyebok la kejap..err..xla kejap pn sebenarnya.hehe... dengan pantas tangan aku mengira kepingan not 50 yang tebal di atas meja..1,2,3,...15...25..eh, de lagi..waa..hasil kiraan menunjukkan RM2800+++... terjojol bijik mata aku..abah dengan mama sibuk membuat pembahagian duit..duit bayar bil..duit belanja dapur..macam2 lagi la..hmm..kena wat perancangan ekonomi macam ni bila dah kahwin nanti..senang.hihi.. aku pun apa lagi menyebok la seperti kucing meminta duit untuk membayar broadband untukku.hehehe..dengan mudahnya aku dapat.heh..biase la..anak tunggal.hihi..

lebih kurang pukul 3 petang aku pun mengikuti ayahku ke bandar untuk menyelesaikan bayaran bil-bil yang patut dibayar tu..tapi kena singgah pulak ke rumah cikgu a.k.a tuan empunya ladang getah untuk menyerahkan wang hasil torehan getah yang dibahagi dua...aku tunggu dalam kereta..aabah la masuk dalam..ingat kejap je..bantai lak masuk dalam 2 setengah jam lebey..ai..lebey da ni..berasap aku dalam kete yang tak de aircond ni..maklum la kereta macam dalam iklan McD yang baru tuh.hehe..

Lepas je abah strart enjin kereta kami pun gi bayar bil...lepas je bayar bil abah ajak gi tengok tafsir Al-Quran..aku pun ikut je lerr...anak solehah la katakan.hehe..kat kedai tokey kedai 2 tanya kat aku nak pakai yang mana? aku pun cakap bukan aku..tapi ayah aku..tapi die tetap promote kat aku..hish..berkenan kat aku ke?hehe.. Abah memilih tafsir Al-Quran dalam tulisan jawi..kagum dengan abah..kalau aku, aku pilih tulisan rumi jep..senang aku nak baca..abah cakap kalau kita tak biasakan baca tulisan jawi, macam mana nak pandai.."betul tu abah!!! tapi angah yang tulisan rumi pun jarang baca.."huhu.. aku berkata di dalam hati..

lepas je keluar dari kedai 2 kami pun bergerak la ke kereta..sesampai je kat kereta abah ajak aku gi kedai ikan..aku pun pe lagi menarik muka pat belas...huhu.. abah pun cakap "ala, seminggu sekali keluar..jalan-jalan la" ciss..de unsur keprlian di situ.huhu..mentang-mentang aku jadi tokey anggur je.hehe.. aku pun ikot la dengan boring nyer.huu..abah memerhatikanku..dengan senyuman yang lebar abah berkata "nak gi minum tak?" waa..macam tau2 je anak die ni pantang de orang nak belanja.hehe..

lepas je beli barang kat kedai ikan yang hanyir tadi kami pun gi la makan kat kedai mamak.. "mamak, roti canai banjir 1!!!"hehe.. aku menikmati roti telur kesukaan buayapren aku..tapi aku suke roti kosong sebenarnya..dek kerana rindu, aku pun makan la makanan yang die selalu order tu..abah lak makan tosei yang besar mcm paper kosmo yang tajuk utama arini fasha sandha pakai bikini 2...hehehe.. abah kata "makan la selagi teringin..sat gi terketaq2 atas katil tak lalu dah.. aku pun terdiam kejap...pe petanda ni? tadi abah peluk dengan gembiranya tafsir Al-Quran pas je beli sampai ke kereta dengan senyuman yang penuh kebahagiaan..jarang abah macam 2..ni abah cakap macam tu pulak..hish..tak de pe2 la ni.huhu...

aku pun balik lepas abah bayar bil makanan tadi..hmmm..seharian bersama abah..banyak ganjaran yang aku dapat..abah cakap nanti kutip getah lagi sekali abah bayarkan duit broadband yang tertunggak lagi 50 hengget 2..hehe.. untung2..hehe..


------> aku sayang abah sangat....muahhxxxxxxxxxx..untuk abah..

Wednesday, January 5, 2011

Masa TERLALU lapang..

Terlalu lapang...tak tau nak wat pe lagi.. Duduk umah sorang2..semua dah balik ke sekolah, kolej n "U".. aku duk sorang2 kat umah..pagi mama dengan abah gi menoreh getah.. aku lak praktikal jadi suri rumah.hehe.. praktikal yang paling panjang aku rasa..24SEVEN !!! Jadi anak tunggal la aku kek umah nuh..

Bercakap pasal menoreh getah ni, aku sekarang berminat lak nak menoreh getah..Bukan pe, atas desakan hidup.heh.. yang paling aku tertarik adalah nilai grtah yang semakin tinggi tu.. along yang menoreh getah selama 4 hari pn leh dapat 4 ratus lebih..tu pun dah bahagi dua dengan tuan punya kebun..kalau x, boleh dapat hampir 9 ratus tuuu...

Ni la ladang getah tu..tapi ni bukan tujuan aku..aku nak menoreh getah..bukan berasmara dana.hehe..

Aku ni nak menoreh getah, tapi tup2 mak aku kata xpayah la.. aritu leh lak..ni sume sebab nenek aku..nenek aku kata "xpayah la..duk umah je masak untuk mama dengan abah" Aku tau nenek aku tu meragui kebolehan aku untuk menoreh getah tu.hehe.. yela, bukan senang nak menoreh getah tu..banyak cabarannya. yang paling utama adalah musuh nombor 1 negara iaitu NYAMUK. Nyamuk yang de kat ladang tu mang tak ingat la banyaknya..beratus-ratus ekor nyamuk yang datang masa menoreh tu..boleh tak jadi kerja dibuatnya..Ni la benda yang aku alergik skali..dengan bunyi nyamuk yang datang tu..bising giler la..mengganggu konsentrasi aku btol..
Cabaran yang nombor dua adalah penat.. penat weh..menoreh getah 10 ekar..beratus-ratus pokok kena toreh..sambil toreh kena kopek getah yang bucuk macam tu.hehe.. tu cabaran nombor 3.. cabaran yang lain adalah berdepan kemungkinan bertembung dengan binatang  buas..harimau, gajah, khinzir n sebagainya.. selalunya khinzir la..a.k.a orang cantik.. kat ladang biasanya orang panggil bintanag ni orang cantik..aku pn tak tau kenapa..mungkin berkaitan dengan pantang larang..
Selain binatang buas ni, para penorh ni juga berdepan ngan binatang yang tidak buas, tetapi tidak pernah puas..ahahaha..cuba teka apa?hehe.. PACAT... ni bintang yang sentiasa dahagakan darah.hehe.. sebut pasal pacat ni, aku de satu kisah yang nak dikongsikan bersama. cerita ni berlaku masa aku sekolah lagi..Pada suatu hari, mak aku gi la ladang dengan abang dan adik-adik aku..Memang kebiasaanya kami ke ladang membantu mak ayah kitorang..selepas membahagi-bahagikan tugas, masing-masing akan bergerak la memulakan tugas.. setelah lebih kurang 5 minit melaksanakan tugas tiba-tiba terdengar satu jeritan.. "Tolong..tolong.." dengan lantangnya.. masing-masing berlari ke arah suara tersebut..suara kakak tu (adik aku..tp panggil kakak). sesampainya di tempat kejadian, masing-masing bertanya KENAPA? kakak pun menunjukkan pacat yang menari-nari riang di atas kakinya.. ceh, tak boleh pakai punyer budak.. Ingat kena kejar rimau ke pe ke.. upunye pacat.. mak aku tak payah cakap la..mang nak runtuh jantung dia bila dengar anak menjerit mintak tolong..hai, kakak..kakak.. tak penah aku jumpa orang macam ni.ahahaha.. wat gempak jep..hehe..

Berbalik kepada cerita getah tadi, aku masih berazam untuk menoreh getah memandangkn aku tak dapat sebarang offer pekerjaan lagi.huhu.. lagi pun aku tak de duit nak bayau duit broadband yang bakal berkahir hari ini.huu~~ sedey..ni je la hiburan aku..tak de sape-sape dah nak tema aku..nak hiburkan aku.huhu.. nak beli top up pn tak de duit.. aku pun nak berbelanja gak sket.hehe.. nak prepare duit untuk kerja nanti..bila dapat kerja nanti 3 bulan tak dapat gaji..nanti dah tak de elaun..kena bayar duit sewa rumah, duit top up, duit broadband, duit makan, belanja itu, ini..banyaknya.huhu.. yeah!! kena pergi menoreh getah jugak!!!




-----> boleh ke aku nak menoreh ni?huhu~~