Life is ......

Life is ......
LaDy BiRd
Showing posts with label HaTikU. Show all posts
Showing posts with label HaTikU. Show all posts

Sunday, November 27, 2011

Ingin melangkah ke alam baru =)

Hai..selamat malam..di kala semua suis lampu n kipas xberfungsi ni terasa rajinn plak mengetuk papan kekunci ni...
tapi malas sebenarnya.hehe..
pink ase ingi melangkah ke alam yang len iaitu perkahwinan..tp xsure sebenarnya..betul ke??huhu..
tapi dalam masa yg sama mama n abah dah sibuk renovate rumah.
waa..xcited btol ek diorang..
rumah pun tunggang langgang..
cuma pink je yg xde duit lg..n tak pasti lagi.huhu..
biar la dulu..
biar masa menentukan..
ye x?hehe..

Wednesday, October 12, 2011

GERAM !!!!!

AAAAAAAAAAAAAAAAAARRRRRRRRRRRRRRRRRRGGGGGGGGGGGGGGGGGGGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!
2 JE MAMPU NAK LUAHKAN..TAK TERLUAH.. GERAM!!!!!!!!!!!!!!! HUH!

Monday, October 10, 2011

Air muka penentu jodoh?





Mengantuk..tapi xdapat nak lelapkan mata..guling ke kiri..guling ke kanan.. Masih belum dapat melelapkan mata.. amik bantal tutup muka..pun tak boleh nak tidur..hmmmm..nak kol si dia takut lak mengganggu..takut mengganggu emosi orang tengah penat..ke mana hala tuju aku petang ni..nak buat kerja, tak rajin la pulak..
Hati teringat kat si dia..ku capai henpon lalu ku buka folder gambar..sambil mentap gambar aku berfikir..betul ke ni jodoh aku..hmmmm..dilema...orang cakap kalau jodoh ni air muka die sama..hampir seiras..terdetik kat hati ni..seiras ke muka aku dengan dia???? tak dapt berfikir lagi..aku terus capai laptopku yang baru beberapa bulan beroperasi..(nak bgtou laptop baru.hehehe).. aku pun buka la folder gambarku dalam external hard disk.. ku tenung satu persatu gambar aku..ase macam tak sama.huhu..ADAKAH????? oh, tidak..jangan teruskan..huhu.. 
Seingat aku muka kawan-kawan aku yang baru melangsungkan perkahwinan seiras..sume stakat ni de persamaan..AKU???? jangan la.. Tapi aku tengok muka mama dengan abah tak seiras pun..sejuk sket ati.. tiba-tiba teringat kata-kata mak suk bila de pasangan yang putus.."Dah agak dah diorang tak de jodoh..muka tak sama..tak seiras langsung!" Gulpp!! macam mana ni..detik hatiku... Betul-betul dalam dilema...
TAPI berbalik kepada qada dan qadar Allah..setiap yang berlaku adalah ketentuanNya..JodOh tu kat tangan die...jadi, kena terima la macam mana pun.. Kalau berkeras juga walaupun tak de jodoh pn tak guna gak..akhirnya akan putus jugak dipertengahan jalan.. JAdi sebelum memulakan apa-apa komitmen, kena la berfikir sebaiknya..pe yang boleh dilakukan sekarang adalah solat istikharah.. Mesti buat sebelum mendirikan rumah tangga. 
Macam mana la aku nanti seandainya dia bukan jodoh aku..??? first love..susahnya nak lupakan..bukan mudah aku nak suka dan terima orang dalam hidup aku..walau banyak yang datang tapi susah nak terima...setakat ni dia yang satu walaupun datang la beribu orang pun..kaya ke..hensem ke..sume aku tolak.. Kalau tak de jodoh, susah nak melupakan....susah nak buat-buat tak de pe..sebab kalau hilang dia ase macam hilang separuh dari diri aku..payah nak bangkit balik..mungkin juga susah nak cari pengganti..atau mungkin tak kan de pengganti...

p/s ----> Jangan lupa buat sOlat istikharah ya.. =)

Saturday, October 8, 2011

Berdua Bersatu



kenapa cinta kita
selalu saja diduga
bagai ada tak merestu
kita berdua bersatu
atau mungkin kau dan aku
ditakdir untuk berpisah
walaupun melawan arus
kita berdua bersatu
seringkaliku mendengar
patah tumbuh hilang berganti
tetapiku tidak mahu
cinta selain darimu
jika denganmu salah
kutak mahu yang benar
jika denganmu rebah
 biarlah kutercalar
walau dilanda badai
kusanggup kerna ku mahu
kita berdua bersatu
jika denganmu kabur
kutak mahu yang jelas
jika denganmu hanyut
biarlah aku lemas
walau dilanda ribut
kusanggup kerna ku
mahukita berdua bersatu.......................................


p/s -------> sila amik feel yea..layannnnnnnn... =)

Hukum Karma

Kalau de yang tanya aku sal hukum karma..aku percaya pada karma..setiap pe yang kte wat akan dapat balasan samaa seperti pe yang kita buat.. aku sentiasa percaya tu..tapi ada yang percaya namun tidak dapat menerima jika perkara yang sama menimpa dirinya..
Aku pun pernah mengalaminya..sesuatu perkara terjadi kepada aku bertahun-tahun...namun sampai satu tahap bila perkara yang berlaku kepada aku terjadi kepada si polan ni..dia tak dapat terima..padahal baru sedikit yang terjadi terhadap si polan ni..tapi dah xtahan..cuba bayangkan orang yang hadapinya bertahun-tahun..boleh jadi barah jawabnya..
Jadi aku nak ingatkan diri aku dan sesiapa sahaja agar reflek balik pe yang kita buat pada masa lampau yang mengakibatkan sesuatu terjadi kepada kita..setiap perkara pasti de balasannya.. yang baik dibalsa baik..yang jahat, setimpal la pe yang die dah buat.. 


pink : juga pernah merasa hukum karma.. Allah tu Maha Adil.. Subhanallah... =)

Wednesday, June 1, 2011

SABAR.....

Speechlessss...xtou nk cakap pe.. sabar je la.. kadang2 org xfhm perasaan kte..pe yg kte bleh wat sabar je la.. kadang2 org nmpk salah kte je..S.A.B.A.R....

Wednesday, January 26, 2011

LAPAR

Ah! nape la semakin hari semakin lapar..
kejap2 lapar..
baru je makan dh lapar balik..
nape nak makan gak walaupun dah kenyang????
badan dah bulat macam bola feveret bf aku.huhu..
Arghhhh..tidak!!!!

Thursday, January 20, 2011

Doorgift

Bagi yang tengah merancang untuk melangsungkan perkahwinan pastinya doorgift ni merupakn salah satu perkara yang perlu diambil kira kn?
wajib!! hehe..
kalau tak rasa tak lengkap.hehe..

tahun lepas or 2 tahun lepas..
aku de tengok kat dalam tv sal satu doorgift yang menarik hatiku ni..
save la die nyer website dalam handphone..
(konon2 nak kawen ler..ahaha )
skali ter"delete lak".huhu..
puas la mencari kot2 de kat website tp xjumpa..

skali tadi masa bukak tv nampak la sal doorgift yang sama kat tv1..
owhhh..sangat suka..hepi tak terkata..
ase nak lompat je..
tp tak wat la sebab nanti ayah aku kata anak die gila la plak.hehe..

Doorgift yang aku maksudkan adalah TETRIS GLASS..
cantik..
aku suka style ni sebab ase unik..
memori yang orang akan ingat la slagi glass 2 xpecah.hehe..



kalau siapa yang berminat nak jadikan doorgift..
boleh la melayari web ni..
banyak lagi doorgift yang korang leh tengok..
tapi ni la pilihan hatiku..

tapi sebelum membuat keputusan pastikan bajet perkahwinan anda banyak.hehe..
aku??
kalau leh mang la nak..
tapi tengok la dulu camne nanti..
ikot kemampuan la.hehe..




----> yang penting bahagia.... =)

Cincin

Hurmm..sebut sal cincin ni bkn sebab aku nak tunang or kawen..
tapi tadi sambil melayari FB..
aku tgk la senior ni punyer wed. ceremony..
dia ajak aku melalui adik dia a.k.a awek kawan aku..
tapi (tapi lg..hehe) aku tak dapat datang..
yela, duit tak de..n tak de kawan nak gi..

Berbalik kepada cincin tadi..
aku de tengok cincin yang diberi kepada pihak lelaki..
aku ni tak de la reti pun nak pilih2 cincin untuk lelaki..
tapi bila tengok cincin yang diberikan tu, ase berkenan lak..
simple tapi mahal kot..
suka sangat..
nampak exclusive..
hehe..




ni la cincin 2..amacam? cantik kan?hehe.. =)




kat mana ek nak cari cincin untuk lelaki?
selalu survey untuk diri sendiri jep..hehe..
Berkenan sangat..
macam aku laks yang nak pakai.heh..



Wednesday, January 19, 2011

Benci...

tak tou..
wat2 xtou..
benci..
ah..
sindrom2..
huh..
mcm ne ni??
never last..
how long??
Depends..
ah..
i dont care anymore..


want 2 go 4 a vacation..mayb pluto since its not a planet anymOre..

Tuesday, January 18, 2011

Cinta Matiku..

Lirik lagu ni aku tujukan untuk yang tersayang...lagu nyanyian sixth sense..

Akan ku biarkan dirimu
Merasuki hidupku
Akan ku biarkan cintamu
Meracuni hatiku

Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu

*
Jangan pernah tinggalkan diriku
Jangan lepaskan aku
Walau setengah detik hidupku

Ulang *
Kerna cintaku terlalu gila
Kepadamu ku yang cinta
Kerna diriku tak pernah bisa
Hidup tanpamu




Monday, January 17, 2011

kosong...

Penah tak rasa kosong dalam diri anda? 
Hmm.. ngah rasa kosong skrg ni..Adeh..
Cne nak buat ke?
Kepada siapa harus mengadu..
Allah..ya itu jawapannya..
Tapi Allah hantar siapa ya untuk mengubati rasa kekosongan ni buat sementara waktu..
sementara menunggu yang kekal abadi.huuhu..
Semoga perasaan yang tak bahgia ni berakhir dengan cepat...
ASAP k...
huh..ingin mengeluh lagi...=(

Saturday, January 15, 2011

Sesuatu yang tak disangka..

Sesuatu yang tak disangka..
sering kali mendatangi kita..
itukah suratan dalam kehidupan..
bimbang kan berulang kesilapan.....


Kadang-kadang kita tak sangka pun sesuatu benda tu terjadi kat diri kita..dalam pelbagai perkara..berbeza la bagi setiap orang..mungkin kejadian yang menimpa, ayat yang tak boleh diterima, perbuatan yang tak boleh diterima oleh akal n fikiran..macam-macam la..

Terdapat la antara kejadian tu menimpa aku..agak sukar la nak hadapi..tapi kena harungi gak la walaupun pahit.. kadang-kadang ada benda yang boleh diubah seperti sedia kala..ada yang langsung tak boleh diubah..jadi lagi teruk pun ada..

pe yang perlu kita wat adalah hadapi dengan tenang dan banyak-banyak berdoa plus redha la dengan ketentuanNya..

Wednesday, January 12, 2011

Hati..

Kecik hati..........

sakit hati.....................




-------> pujuk hati sendiri...........

Abah

Pada jam 12.30 tengahari tadi mama dengan abah balik dari ladang getah..sesampai je kat rumah abah mencapai sebiji gelas lalu menuangkan air kopi dr thermos..kemudian abah duduk di meja yang kerusi 8..waa..aku sudah tau petanda apakah yang ditunjukkan abah..gari ni mama ngan abah mengutip getah..yeay!! jadi abah ngah mengira hasil duit getah yang abah bawak balik tu la.hehe.. aku pun pa lagi, menyebok la kejap..err..xla kejap pn sebenarnya.hehe... dengan pantas tangan aku mengira kepingan not 50 yang tebal di atas meja..1,2,3,...15...25..eh, de lagi..waa..hasil kiraan menunjukkan RM2800+++... terjojol bijik mata aku..abah dengan mama sibuk membuat pembahagian duit..duit bayar bil..duit belanja dapur..macam2 lagi la..hmm..kena wat perancangan ekonomi macam ni bila dah kahwin nanti..senang.hihi.. aku pun apa lagi menyebok la seperti kucing meminta duit untuk membayar broadband untukku.hehehe..dengan mudahnya aku dapat.heh..biase la..anak tunggal.hihi..

lebih kurang pukul 3 petang aku pun mengikuti ayahku ke bandar untuk menyelesaikan bayaran bil-bil yang patut dibayar tu..tapi kena singgah pulak ke rumah cikgu a.k.a tuan empunya ladang getah untuk menyerahkan wang hasil torehan getah yang dibahagi dua...aku tunggu dalam kereta..aabah la masuk dalam..ingat kejap je..bantai lak masuk dalam 2 setengah jam lebey..ai..lebey da ni..berasap aku dalam kete yang tak de aircond ni..maklum la kereta macam dalam iklan McD yang baru tuh.hehe..

Lepas je abah strart enjin kereta kami pun gi bayar bil...lepas je bayar bil abah ajak gi tengok tafsir Al-Quran..aku pun ikut je lerr...anak solehah la katakan.hehe..kat kedai tokey kedai 2 tanya kat aku nak pakai yang mana? aku pun cakap bukan aku..tapi ayah aku..tapi die tetap promote kat aku..hish..berkenan kat aku ke?hehe.. Abah memilih tafsir Al-Quran dalam tulisan jawi..kagum dengan abah..kalau aku, aku pilih tulisan rumi jep..senang aku nak baca..abah cakap kalau kita tak biasakan baca tulisan jawi, macam mana nak pandai.."betul tu abah!!! tapi angah yang tulisan rumi pun jarang baca.."huhu.. aku berkata di dalam hati..

lepas je keluar dari kedai 2 kami pun bergerak la ke kereta..sesampai je kat kereta abah ajak aku gi kedai ikan..aku pun pe lagi menarik muka pat belas...huhu.. abah pun cakap "ala, seminggu sekali keluar..jalan-jalan la" ciss..de unsur keprlian di situ.huhu..mentang-mentang aku jadi tokey anggur je.hehe.. aku pun ikot la dengan boring nyer.huu..abah memerhatikanku..dengan senyuman yang lebar abah berkata "nak gi minum tak?" waa..macam tau2 je anak die ni pantang de orang nak belanja.hehe..

lepas je beli barang kat kedai ikan yang hanyir tadi kami pun gi la makan kat kedai mamak.. "mamak, roti canai banjir 1!!!"hehe.. aku menikmati roti telur kesukaan buayapren aku..tapi aku suke roti kosong sebenarnya..dek kerana rindu, aku pun makan la makanan yang die selalu order tu..abah lak makan tosei yang besar mcm paper kosmo yang tajuk utama arini fasha sandha pakai bikini 2...hehehe.. abah kata "makan la selagi teringin..sat gi terketaq2 atas katil tak lalu dah.. aku pun terdiam kejap...pe petanda ni? tadi abah peluk dengan gembiranya tafsir Al-Quran pas je beli sampai ke kereta dengan senyuman yang penuh kebahagiaan..jarang abah macam 2..ni abah cakap macam tu pulak..hish..tak de pe2 la ni.huhu...

aku pun balik lepas abah bayar bil makanan tadi..hmmm..seharian bersama abah..banyak ganjaran yang aku dapat..abah cakap nanti kutip getah lagi sekali abah bayarkan duit broadband yang tertunggak lagi 50 hengget 2..hehe.. untung2..hehe..


------> aku sayang abah sangat....muahhxxxxxxxxxx..untuk abah..

Wednesday, January 5, 2011

Masa TERLALU lapang..

Terlalu lapang...tak tau nak wat pe lagi.. Duduk umah sorang2..semua dah balik ke sekolah, kolej n "U".. aku duk sorang2 kat umah..pagi mama dengan abah gi menoreh getah.. aku lak praktikal jadi suri rumah.hehe.. praktikal yang paling panjang aku rasa..24SEVEN !!! Jadi anak tunggal la aku kek umah nuh..

Bercakap pasal menoreh getah ni, aku sekarang berminat lak nak menoreh getah..Bukan pe, atas desakan hidup.heh.. yang paling aku tertarik adalah nilai grtah yang semakin tinggi tu.. along yang menoreh getah selama 4 hari pn leh dapat 4 ratus lebih..tu pun dah bahagi dua dengan tuan punya kebun..kalau x, boleh dapat hampir 9 ratus tuuu...

Ni la ladang getah tu..tapi ni bukan tujuan aku..aku nak menoreh getah..bukan berasmara dana.hehe..

Aku ni nak menoreh getah, tapi tup2 mak aku kata xpayah la.. aritu leh lak..ni sume sebab nenek aku..nenek aku kata "xpayah la..duk umah je masak untuk mama dengan abah" Aku tau nenek aku tu meragui kebolehan aku untuk menoreh getah tu.hehe.. yela, bukan senang nak menoreh getah tu..banyak cabarannya. yang paling utama adalah musuh nombor 1 negara iaitu NYAMUK. Nyamuk yang de kat ladang tu mang tak ingat la banyaknya..beratus-ratus ekor nyamuk yang datang masa menoreh tu..boleh tak jadi kerja dibuatnya..Ni la benda yang aku alergik skali..dengan bunyi nyamuk yang datang tu..bising giler la..mengganggu konsentrasi aku btol..
Cabaran yang nombor dua adalah penat.. penat weh..menoreh getah 10 ekar..beratus-ratus pokok kena toreh..sambil toreh kena kopek getah yang bucuk macam tu.hehe.. tu cabaran nombor 3.. cabaran yang lain adalah berdepan kemungkinan bertembung dengan binatang  buas..harimau, gajah, khinzir n sebagainya.. selalunya khinzir la..a.k.a orang cantik.. kat ladang biasanya orang panggil bintanag ni orang cantik..aku pn tak tau kenapa..mungkin berkaitan dengan pantang larang..
Selain binatang buas ni, para penorh ni juga berdepan ngan binatang yang tidak buas, tetapi tidak pernah puas..ahahaha..cuba teka apa?hehe.. PACAT... ni bintang yang sentiasa dahagakan darah.hehe.. sebut pasal pacat ni, aku de satu kisah yang nak dikongsikan bersama. cerita ni berlaku masa aku sekolah lagi..Pada suatu hari, mak aku gi la ladang dengan abang dan adik-adik aku..Memang kebiasaanya kami ke ladang membantu mak ayah kitorang..selepas membahagi-bahagikan tugas, masing-masing akan bergerak la memulakan tugas.. setelah lebih kurang 5 minit melaksanakan tugas tiba-tiba terdengar satu jeritan.. "Tolong..tolong.." dengan lantangnya.. masing-masing berlari ke arah suara tersebut..suara kakak tu (adik aku..tp panggil kakak). sesampainya di tempat kejadian, masing-masing bertanya KENAPA? kakak pun menunjukkan pacat yang menari-nari riang di atas kakinya.. ceh, tak boleh pakai punyer budak.. Ingat kena kejar rimau ke pe ke.. upunye pacat.. mak aku tak payah cakap la..mang nak runtuh jantung dia bila dengar anak menjerit mintak tolong..hai, kakak..kakak.. tak penah aku jumpa orang macam ni.ahahaha.. wat gempak jep..hehe..

Berbalik kepada cerita getah tadi, aku masih berazam untuk menoreh getah memandangkn aku tak dapat sebarang offer pekerjaan lagi.huhu.. lagi pun aku tak de duit nak bayau duit broadband yang bakal berkahir hari ini.huu~~ sedey..ni je la hiburan aku..tak de sape-sape dah nak tema aku..nak hiburkan aku.huhu.. nak beli top up pn tak de duit.. aku pun nak berbelanja gak sket.hehe.. nak prepare duit untuk kerja nanti..bila dapat kerja nanti 3 bulan tak dapat gaji..nanti dah tak de elaun..kena bayar duit sewa rumah, duit top up, duit broadband, duit makan, belanja itu, ini..banyaknya.huhu.. yeah!! kena pergi menoreh getah jugak!!!




-----> boleh ke aku nak menoreh ni?huhu~~

Thursday, December 23, 2010

saya....

Banyak perkara tentang saya..hehe..
 saya --->


  1. suka makan.hehe..
  2. suka tido..ahaha..
  3. suka baca buku..
  4. paling suka makan nasi ngn telor mata kerbau + kicap + minyak + nasi = sedap gilerr..24 seven makan ni pn xpe.hehe..(alamak bocor rahsia)hehe..
  5. tak suka dengar orang membebel..nk plak klu masa perhimpunan sekolah. mengantok!!
  6. TAK suka karaoke..xsuka disuruh nyanyi depan orang..kalau nk dengar aku nyanyi dengar la klu aku nyanyi sorang2 tanpa disedari.huhu..
  7. suka HADI.hehe.. =p
  8. tak suka benda yang lembik2..eiii..geling dOng.huhu...
  9. suka Siti Nurhaliza.hehe..
  10. suka buku resepi..
  11. tak suka orang marah2..sakit jiwa, telinga n hati.huh..
  12. tak suka orang yang pentingkan diri sendiri. dia je betul. orang lain salah..
  13. suka pink, merah, biru...
  14. suka yang romantik.hehehe..like me.eceh..=p
  15. sukakan sungai..tasik..tapi jarang dapat gi.huu..
  16. suka dengar orang cakap, bercerita..(actually i pendengar yang bek tou..ramai orang cari i ble de mslh..tp klu enjoy diorg xcari i.ahaha)
  17. suka berfikir..macam kalau dah start berfikir.huhu..
  18. impikan sebuah umah yang besar yang saya bina sendri hasil titik peluh sendiri (err..masuk saya, upah orang la wat.hehe..)
  19. berharap saya dapat mengubati penyakit saya.huu..
  20. impikan keluarga yang bahagia, penuh kasih-sayang dan penuh kejujuran.
stakat ni dulu..nanti sambung lagi.daaa...

Wednesday, December 22, 2010

Gelisah...

2 hari yang lepas terdapat kemalangan bas yang mengerikan..27 orang maut..yang terburuk dalam sejarah negara..pastinya ia bakal meruntun hati orang yang tersayang.. aku juga gelisah. pastinya gelisah memikirkan keselamatan orang yang tersayang. adakah dia selamat sampai. Kerisauan bertambah apabila tiada khabar berita yang dikirimkan. 

ketukan papan kekunci ini semakin laju selaju degupan jantung aku yang berdegup kencang.. Harapanku cuma satu, agar dia selamat sampai ke destinasinya. pastinya ada hati yang lebih kecewa sekiranya terdapat aral yang melintang semasa perjalanannya.. aku? itu tidak lah begitu penting. yang penting adalah dia.. 

Sunday, December 12, 2010

Bila aku nak kahwin?

Sejak2 aku abis blajar ni, ramai plak yang rajin tanya kat aku "Bila nak kahwin?"... Terssenyum panjang aku mendengar soalan ni.. aku bukan tak nak kawen tp de beberapa perkara yang belum membolehkan aku kahwin.. ingat senang ke nak kahwin 2.. susah beb..hehe.. aku memang teringin sangat nk kawen (aku xgatal ek) tp banyak perkara yang perlu aku setelkan..


AKU AKAN KAHWIN BILA AKU :


  1. Bila orang datang pinang aku (hehe..dah semestinya =p)
  2. kewangan aku stabil..
  3. Cukup duit untuk kawen..duit simpanan lain kalau boleh tak nak usik..
  4. Apabila aku lebih matang dari sekarang..
  5. aku dah menyimpan banyak untuk mama dan abah untuk pergi menunaikan Rukun Islam yang kelima..
  6. aku jumpa pasangan yang serasi dengan aku..menghormati perempuan, pandai layan perempuan, berlembut dengan perempuan, bertanggungjawab dan yang paling penting memahami aku..
  7. Bila hampir semua impian aku tercapai..
  8. Bila aku dh dapat membalas jasa ibu bapa (xterbalas asenye.huhu) dan memberi sumbangan kepada adik beradikku..
  9. Dapat bangun pagi awal-awal masa azan subuh dan madi terus, solat dan memasak tanpa tidur semula..hehe..
  10. Dapat memasak banyak jenis makanan dengan sedap..(boleh ke nak wat ni)huhu..
  11. Dapat menguruskan masa dengan baik..
  12. Aku dapat memperbaiki iman dan amal aku..
  13. Setelah aku bersedia untuk berkongsi segala-galanya dengan seseorang..
  14. setelah aku dapat menerima dan diterima..

AKU AKAN KAHWIN BILA BAKAL SUAMIKU ITU :
 
  1. Meminangku.. (bahagianya.hehe..)
  2. Bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri..(jaga kesihatan, jaga perlakuan, jaga amalan)
  3. Pandai menguruskan kewangan sendiri (tak pinjam duit dengan mak ayah, kawan2, jiran2, ketua kampung, Along bukit Beruntung)
  4. Mempunyai simpanan yang cukup untuk dirinya sendiri, keluarga dan bakal isteri..
  5. Dapat menguruskan masa dengan baik..jangan tidO je..men game..jalan-jalan je..hehe..
  6. Memahami diriku..Berlembut denganku..
  7. Dapat membimbingku ke jalan yang BENAR..
  8. Menghormati pendirianku..
  9. Pandai memujukku (kalau xpandai, boleh belajar) xsusah pOwn nak pujuk aku..pakai ayat je..xpayah pakai duit..aku bukan materialistik..tp kalau nk bagi present pun pe salahnya.hehe.. =p
  10. Bersedia untuk memikul tanggungjawab..
  11. Bersedia untuk berkongsi segalanya denganku..
  12. Bersedia untuk menghadapi kehidupan dengan aku (susah senang bersama)
  13. Bersedia untuk bersoal jawab dengan mama n abah aku..hehe..
  14. Bersedia mengadap aku cOmel ni 24 jam.. =p
  15. menerimaku seadanya.. (rupaku, perangaiku, keluargaku dan segala-galanya)