Life is ......

Life is ......
LaDy BiRd

Wednesday, January 5, 2011

Masa TERLALU lapang..

Terlalu lapang...tak tau nak wat pe lagi.. Duduk umah sorang2..semua dah balik ke sekolah, kolej n "U".. aku duk sorang2 kat umah..pagi mama dengan abah gi menoreh getah.. aku lak praktikal jadi suri rumah.hehe.. praktikal yang paling panjang aku rasa..24SEVEN !!! Jadi anak tunggal la aku kek umah nuh..

Bercakap pasal menoreh getah ni, aku sekarang berminat lak nak menoreh getah..Bukan pe, atas desakan hidup.heh.. yang paling aku tertarik adalah nilai grtah yang semakin tinggi tu.. along yang menoreh getah selama 4 hari pn leh dapat 4 ratus lebih..tu pun dah bahagi dua dengan tuan punya kebun..kalau x, boleh dapat hampir 9 ratus tuuu...

Ni la ladang getah tu..tapi ni bukan tujuan aku..aku nak menoreh getah..bukan berasmara dana.hehe..

Aku ni nak menoreh getah, tapi tup2 mak aku kata xpayah la.. aritu leh lak..ni sume sebab nenek aku..nenek aku kata "xpayah la..duk umah je masak untuk mama dengan abah" Aku tau nenek aku tu meragui kebolehan aku untuk menoreh getah tu.hehe.. yela, bukan senang nak menoreh getah tu..banyak cabarannya. yang paling utama adalah musuh nombor 1 negara iaitu NYAMUK. Nyamuk yang de kat ladang tu mang tak ingat la banyaknya..beratus-ratus ekor nyamuk yang datang masa menoreh tu..boleh tak jadi kerja dibuatnya..Ni la benda yang aku alergik skali..dengan bunyi nyamuk yang datang tu..bising giler la..mengganggu konsentrasi aku btol..
Cabaran yang nombor dua adalah penat.. penat weh..menoreh getah 10 ekar..beratus-ratus pokok kena toreh..sambil toreh kena kopek getah yang bucuk macam tu.hehe.. tu cabaran nombor 3.. cabaran yang lain adalah berdepan kemungkinan bertembung dengan binatang  buas..harimau, gajah, khinzir n sebagainya.. selalunya khinzir la..a.k.a orang cantik.. kat ladang biasanya orang panggil bintanag ni orang cantik..aku pn tak tau kenapa..mungkin berkaitan dengan pantang larang..
Selain binatang buas ni, para penorh ni juga berdepan ngan binatang yang tidak buas, tetapi tidak pernah puas..ahahaha..cuba teka apa?hehe.. PACAT... ni bintang yang sentiasa dahagakan darah.hehe.. sebut pasal pacat ni, aku de satu kisah yang nak dikongsikan bersama. cerita ni berlaku masa aku sekolah lagi..Pada suatu hari, mak aku gi la ladang dengan abang dan adik-adik aku..Memang kebiasaanya kami ke ladang membantu mak ayah kitorang..selepas membahagi-bahagikan tugas, masing-masing akan bergerak la memulakan tugas.. setelah lebih kurang 5 minit melaksanakan tugas tiba-tiba terdengar satu jeritan.. "Tolong..tolong.." dengan lantangnya.. masing-masing berlari ke arah suara tersebut..suara kakak tu (adik aku..tp panggil kakak). sesampainya di tempat kejadian, masing-masing bertanya KENAPA? kakak pun menunjukkan pacat yang menari-nari riang di atas kakinya.. ceh, tak boleh pakai punyer budak.. Ingat kena kejar rimau ke pe ke.. upunye pacat.. mak aku tak payah cakap la..mang nak runtuh jantung dia bila dengar anak menjerit mintak tolong..hai, kakak..kakak.. tak penah aku jumpa orang macam ni.ahahaha.. wat gempak jep..hehe..

Berbalik kepada cerita getah tadi, aku masih berazam untuk menoreh getah memandangkn aku tak dapat sebarang offer pekerjaan lagi.huhu.. lagi pun aku tak de duit nak bayau duit broadband yang bakal berkahir hari ini.huu~~ sedey..ni je la hiburan aku..tak de sape-sape dah nak tema aku..nak hiburkan aku.huhu.. nak beli top up pn tak de duit.. aku pun nak berbelanja gak sket.hehe.. nak prepare duit untuk kerja nanti..bila dapat kerja nanti 3 bulan tak dapat gaji..nanti dah tak de elaun..kena bayar duit sewa rumah, duit top up, duit broadband, duit makan, belanja itu, ini..banyaknya.huhu.. yeah!! kena pergi menoreh getah jugak!!!




-----> boleh ke aku nak menoreh ni?huhu~~

Thursday, December 23, 2010

saya....

Banyak perkara tentang saya..hehe..
 saya --->


  1. suka makan.hehe..
  2. suka tido..ahaha..
  3. suka baca buku..
  4. paling suka makan nasi ngn telor mata kerbau + kicap + minyak + nasi = sedap gilerr..24 seven makan ni pn xpe.hehe..(alamak bocor rahsia)hehe..
  5. tak suka dengar orang membebel..nk plak klu masa perhimpunan sekolah. mengantok!!
  6. TAK suka karaoke..xsuka disuruh nyanyi depan orang..kalau nk dengar aku nyanyi dengar la klu aku nyanyi sorang2 tanpa disedari.huhu..
  7. suka HADI.hehe.. =p
  8. tak suka benda yang lembik2..eiii..geling dOng.huhu...
  9. suka Siti Nurhaliza.hehe..
  10. suka buku resepi..
  11. tak suka orang marah2..sakit jiwa, telinga n hati.huh..
  12. tak suka orang yang pentingkan diri sendiri. dia je betul. orang lain salah..
  13. suka pink, merah, biru...
  14. suka yang romantik.hehehe..like me.eceh..=p
  15. sukakan sungai..tasik..tapi jarang dapat gi.huu..
  16. suka dengar orang cakap, bercerita..(actually i pendengar yang bek tou..ramai orang cari i ble de mslh..tp klu enjoy diorg xcari i.ahaha)
  17. suka berfikir..macam kalau dah start berfikir.huhu..
  18. impikan sebuah umah yang besar yang saya bina sendri hasil titik peluh sendiri (err..masuk saya, upah orang la wat.hehe..)
  19. berharap saya dapat mengubati penyakit saya.huu..
  20. impikan keluarga yang bahagia, penuh kasih-sayang dan penuh kejujuran.
stakat ni dulu..nanti sambung lagi.daaa...

Wednesday, December 22, 2010

Keropok Ubi Kayu =p

Semasa cuti yang panjang kerana tiada tawaran pekerjaan ni semakin banyak resepi yang telah aku cuba. Yang terbaru (xdela terbaru sangat.hehe..) adalah Keropok Ubi Kayu.. sedap..aku xsangka aku leh wat keropok lak.hehe.. pasni aku nk tukar profesion. Nak jadi chef plak.hehe.. Jom lihat hasil air tanganku.. Yummy!!


step 1
 ( Gaul serbuk ikan bilis, ubi kayu yg disagat, garam, lada n daun sup)

step 2
(ambil sedikit adunan dan leperkan di atas tutup periuk senipis-nipisnya)
step 3..
(leperkan sehingga memenuhi tutup periuk)
step 4
(masak di atas didihan air dengan cara di atas.sori gmbr xrotate.hehe)

 step 5
(setelah 2-3minit, angkat dan potong mengikut kesukaan anda)
step 6
(setelah itu, atur di atas talam dan jemur sehingga kering. selepas kering boleh la digoreng.sedap....hehe)


ok, selamat mencuba yea..sedap tou..yang ni tiada bahan pengawet mcm kat kdai..kaya dengan vitamin.. yang penting lebih keberkatan.hehehe.. =p

Gelisah...

2 hari yang lepas terdapat kemalangan bas yang mengerikan..27 orang maut..yang terburuk dalam sejarah negara..pastinya ia bakal meruntun hati orang yang tersayang.. aku juga gelisah. pastinya gelisah memikirkan keselamatan orang yang tersayang. adakah dia selamat sampai. Kerisauan bertambah apabila tiada khabar berita yang dikirimkan. 

ketukan papan kekunci ini semakin laju selaju degupan jantung aku yang berdegup kencang.. Harapanku cuma satu, agar dia selamat sampai ke destinasinya. pastinya ada hati yang lebih kecewa sekiranya terdapat aral yang melintang semasa perjalanannya.. aku? itu tidak lah begitu penting. yang penting adalah dia.. 

Sunday, December 12, 2010

Bila aku nak kahwin?

Sejak2 aku abis blajar ni, ramai plak yang rajin tanya kat aku "Bila nak kahwin?"... Terssenyum panjang aku mendengar soalan ni.. aku bukan tak nak kawen tp de beberapa perkara yang belum membolehkan aku kahwin.. ingat senang ke nak kahwin 2.. susah beb..hehe.. aku memang teringin sangat nk kawen (aku xgatal ek) tp banyak perkara yang perlu aku setelkan..


AKU AKAN KAHWIN BILA AKU :


  1. Bila orang datang pinang aku (hehe..dah semestinya =p)
  2. kewangan aku stabil..
  3. Cukup duit untuk kawen..duit simpanan lain kalau boleh tak nak usik..
  4. Apabila aku lebih matang dari sekarang..
  5. aku dah menyimpan banyak untuk mama dan abah untuk pergi menunaikan Rukun Islam yang kelima..
  6. aku jumpa pasangan yang serasi dengan aku..menghormati perempuan, pandai layan perempuan, berlembut dengan perempuan, bertanggungjawab dan yang paling penting memahami aku..
  7. Bila hampir semua impian aku tercapai..
  8. Bila aku dh dapat membalas jasa ibu bapa (xterbalas asenye.huhu) dan memberi sumbangan kepada adik beradikku..
  9. Dapat bangun pagi awal-awal masa azan subuh dan madi terus, solat dan memasak tanpa tidur semula..hehe..
  10. Dapat memasak banyak jenis makanan dengan sedap..(boleh ke nak wat ni)huhu..
  11. Dapat menguruskan masa dengan baik..
  12. Aku dapat memperbaiki iman dan amal aku..
  13. Setelah aku bersedia untuk berkongsi segala-galanya dengan seseorang..
  14. setelah aku dapat menerima dan diterima..

AKU AKAN KAHWIN BILA BAKAL SUAMIKU ITU :
 
  1. Meminangku.. (bahagianya.hehe..)
  2. Bertanggungjawab ke atas dirinya sendiri..(jaga kesihatan, jaga perlakuan, jaga amalan)
  3. Pandai menguruskan kewangan sendiri (tak pinjam duit dengan mak ayah, kawan2, jiran2, ketua kampung, Along bukit Beruntung)
  4. Mempunyai simpanan yang cukup untuk dirinya sendiri, keluarga dan bakal isteri..
  5. Dapat menguruskan masa dengan baik..jangan tidO je..men game..jalan-jalan je..hehe..
  6. Memahami diriku..Berlembut denganku..
  7. Dapat membimbingku ke jalan yang BENAR..
  8. Menghormati pendirianku..
  9. Pandai memujukku (kalau xpandai, boleh belajar) xsusah pOwn nak pujuk aku..pakai ayat je..xpayah pakai duit..aku bukan materialistik..tp kalau nk bagi present pun pe salahnya.hehe.. =p
  10. Bersedia untuk memikul tanggungjawab..
  11. Bersedia untuk berkongsi segalanya denganku..
  12. Bersedia untuk menghadapi kehidupan dengan aku (susah senang bersama)
  13. Bersedia untuk bersoal jawab dengan mama n abah aku..hehe..
  14. Bersedia mengadap aku cOmel ni 24 jam.. =p
  15. menerimaku seadanya.. (rupaku, perangaiku, keluargaku dan segala-galanya)

Friday, December 10, 2010

Muffin..nyum2.. ;p

cuti ni keje aku blajar masak..hehe.. xde keje len dah nk wat..oleh itu jarum penimbang berat aku pn telah meningkat dengan jayanya.hehe..gain weight..org gain knOwledge.ehehe..tp aku gain knOwledge gak dlm ms yg sme.hehehe.. Ilmu untuk masa depan bersama dia yang tersayang.hehe..


salah satunya adalah.........MUFFIN!!! hehehe.. aku wat ni muffin cuti ni.. Muffin Pisang..sedap hingga menjilat jari..bak kte owner KFC finger licking..heh.. dengan itu dengan bangganya aku mengatakan bahawa pipi aku akan naik dengan gebunya seperti muffin tersebut..hihihi..


haaa..nk tgk hasilnya...Tadaaaaaaaaaaa!!!!!!!!!!!



cOmey kan..hehe..


Dengan bangganya ayah saya kte dh bleh kwen.haha...


ni la oven yg berjasa kat aku.hehe.. Singer menawan keluarga bahagia.lalala~~