BlOg ni mengenai pendapat seOrg insan terhadap kehidupan yg dilaluinya..itulah aKuPiNk_kAubiRu...
Life is ......
LaDy BiRd
Thursday, October 21, 2010
Insan Terpilih
Lepas Asar tadi baru pulang dari mendengar ceramah tentang ekonomi Islam dari Yapiem..ternyata tidak sia2 aku datang walaupun pada mulanya agak malas utk pergi. sepatutnya ceramah bermula pada pukul 2.30 petang tp aku terlupa n tidO..pd kul 2.45 seorang sahabatku menelefon supaya datang. sebaik meletakkan telefon, aku pn menghntr msg memaklumkn tentang ceramah tersebut kepada rakan2 muslimah yang lain..selepas itu aku cbe menyambung tidO..xlme slpas itu, telefon aku berdering lg..ketua unit aku memaklumkn hal yang sama..aku pn berasa agak bengang juga mengapa aku je jd mangsa.huhu..aku pn bangun dan menyatakan kpd diriku bhwa mmg aku kne pergi n aku ditakdirkn utk pergi..aku pn melangkah ke tandas utk basuh muka n bersiap ke tandas utk pergi ke ceramah tersebut. aku tiba agak lewat iaitu pd pkul 3.30 ptg.. aku pn mengambil seat yg paling blkg n mula mendengar ceramah..
ternyata ceramah tersebut agak bermanfaat dan berguna kepadaku yang bakal melangkah ke alam pekerjaan pada awal tahun hadapan..timbul rasa menyesal dihatiku kerana tidak melangkah ke ceramah tersebut lebih awal..input2 yang diberikan menyentuh tentng sumber yang halal, sedekah, n jenis bantuan yang halal dlm Islam.aku amat tertarik dengan penyampaian yang diberikan..ternyata ia sgt menarik..ia telah membuka mataku seluas yang mengenai tanggungjawabku sebagai Muslim..kadang2 benda yang kte rasa remeh 2 la yang membawa kesan semula terhadap diri kita..
contohnya tentang gaji kita..klu kte gi keje kdg2 kita bkak facebook..gaji yang kte terima xbrape halal sbb kita telah menyalahgunakan pe yg ada..mungkin kita rasa benda 2 sgt remeh tp itu la yg dihisab..n membawa kesan kepada anak2 kita kelak..ia sedikit sebanyak akan menghalang kita daripada mendapat anak yang solehah..
kini sedarlah bahawa sebenarnya setiap yang kita buat ada balasanya. ingatlah bahawa hisab Allah itu halus n meliputi segala sesuatu.. =)
Aku yang semakin sedar........belajar untuk berubah =)
Friday, October 8, 2010
Hadiah yang paling BERHARGA..
ketika ini aku teringat hadiah bufday yang aku terima..xbanyak..tp berharga..
aku tidak mengharapkan pe2 pn daripada sesiapa..
jika ada yg ingat hari kelahiran aku di bumi ALLAH ini sudah merupakan 1 kegembiraan yg besar buatku..
terdapat pelbagai gelagat org telah ku lihat dlm mendambakan hadiah hari lahir..xkurang de yg berkecil hati sekiranya hari lahirnya tidak disambut..
tp aku xberharap pn hadiah..cme mahukan perhatian dan kasih sayang je sbg tanda aku dihargai dan disayangi..
hadiah hari lahir yg paling berharga buatku adalah DOA dari si dia buatku..beberapa hari sebelum hari lahirku, aku telah angankan perkara tersebut..ternyata semasa menyambut hari lahirku "dia" telah menadahkan doa untukku sebelum memulakan santapan kami..
akau amat terharu..sgt2 terharu biar pun dia tidak pernah menganggap itu sebagai hadiah hari lahirku..tetapi itulah yg paling berharga dan bererti buatku..terasa sgt bhgia..
Wednesday, October 6, 2010
Di mana tanggungjawabmu...???
pe yg aku tOu..klu kte xsempurrnakan tanggunggjawab kte, kte akan diOal si akhirat..
dr sekecil2 benda sehingga la sebesar2 perkara..hisab Allah 2 halus n meliputi segala sesuatu..
jika kita diberi tanggungjawab sebagai ketua..kte kne laksanakn dengan sebaik mungkin..
itu amanah yg paling besar yg perlu dipikul..baik menjadi pengawas sekolah, ketua kelas atau pun pe je tanggungjawab yg diamanahkan..
Al-kisah aku bercerita ni disebabkn melihat kpd rakan2 ku yg semakin hari semakin melupakan tanggungjwbny..
untuk diri sendiri pn xmampu nk bertanggungjwb..pe tah lg kpd org len.. ble kte dh jd ketua kte msetilah tunaikn tanggungjwb kte..
jgn sia2kn kepercayaan org..benda ni bkal mengundang amarah org..ble org dh bg kepercayaan 2, laksanakan sebaik mungkin..
lg satu nk ckp sal xdtg klas..kesian kat lectrr yg ajar 2..cne klu kte brada kat tempt die..mst kecewa..sedey..
nnt ble dihisab kat akhirat nnt..susah..setiap ms yg kte sia2kn 2 akan dipersOalkn..larat ke kte nk jwb?
klu hdup 60 thn nk menjwab utk setiap saat dlm tempoh masa 60 thn 2 bkn sket..klu dlm tempOh ms setahun pn blOm tentu kte mampu nk jwb..
sekadar meluahkan pe yg rasa..klu ckp kat org yg spatutnya blOm tentu nk dgr..mst ckp kat aku bajet bgus je..mcm la pandai sgt..mcm la perfect sgt.. sO, kat sini je la tempt meluahkn rasa.. aku dOakn agar rakan2 ku berubh..aku juga berdOa utk diriku..hu.. trase kerdil di bumi Allah..
Tuesday, September 7, 2010
Raya bagiku....
kalau dulu masa aku kecik2, raya 2 sgt la meriah...raya la yg paling aku tggu2 ms kecik..
ble dh besar npe la x trase sume benda 2..len...huhu..
ble dh besar ni lebih kpd pengisian diri..lebih menyelami makna ramadhan n syawal 2 sendiri...
nk kte xcited beli bj raya pn x..huhu.. npe ek? jiwa 2 dh kosong ke pe????
Di kesempatan ni aku nk ucapkan selamat hari raya kpd semua umat Islam di seluruh dunia..
maaf zahir n batin.. Smoga Ramadhan n syawal kali ni membawa byk perubahan yg +ve utk diriku..huuu... =)
ble dh besar npe la x trase sume benda 2..len...huhu..
ble dh besar ni lebih kpd pengisian diri..lebih menyelami makna ramadhan n syawal 2 sendiri...
nk kte xcited beli bj raya pn x..huhu.. npe ek? jiwa 2 dh kosong ke pe????
Di kesempatan ni aku nk ucapkan selamat hari raya kpd semua umat Islam di seluruh dunia..
maaf zahir n batin.. Smoga Ramadhan n syawal kali ni membawa byk perubahan yg +ve utk diriku..huuu... =)
Monday, August 16, 2010
Sunday, August 15, 2010
wahai lelaki jangan diremehkan aurat anda..
Aurat lelaki seperti yang dinyatakan sebelum ini agak longgar kerana selain waktu bersendiri dan bersama isteri, aurat lelaki hanya antara pusat dan lutut sahaja. Maknanya kalau seseorang itu hendak melakukan solat, auratnya ialah cukup antara pusat dengan lutut, begitu juga kalau dia berada di khalayak ramai.
Berdasarkan itu, ramailah orang lelaki mengambil mudah dengan menyatakan harus kita berada dalam sesuatu majlis dengan hanya memakai seluar pendek sampai ke paras lutut. Sebab itulah barangkali kita sering melihat orang lelaki suka memakai seluar pendek ketika membasuh kereta di luar rumah.
Benar, jika mengikut hukum asal tidak salah memakai seluar pendek yang sampai ke paras lutut kerana itulah sahaja aurat bagi lelaki. Tetapi jangan lupa bahawa hukum itu perlu juga mengambil kira waktu berjalan dan duduk. Apakah ketika itu aurat lelaki tersebut masih terpelihara?
Bayangkan seorang lelaki yang hanya memakai kain sarung yang menutup pusatnya dan lutut. Solatnya sah kerana aurat bagi lelaki dalam solat ialah antara pusat dengan lutut. Tetapi bagaimana kalau dia rukuk, sujud, dan duduk antara dua sujud? Tidaklah lututnya ternampak? Sahkah solatnya ketika itu? Jawapannya ialah tidak sah.
Bagaimanapun pula kalau dia membasuh kereta dengan pakaian yang sama, sesekali dia akan tunduk juga. Adakah ketika itu tidak terbuka auratnya iaitu lutut? Kalaupun dia memakai seluar pendek yang labuh hingga ke paras lutut, waktu dia mencangkung akan ternampak lututnya. Tidak berdosakah dia ketika itu? Jawabnya tentu berdosa. Ya, kalau dalam solat tidak sah maka pada ketika waktu lain dia berdosa.
Bagi masyarakat kampung pula, mereka suka pakai kain pelakat yang digulung sampai ke paras lutut. Malah kadang-kadang ternampak pusatnya sewaktu terlondeh. Waktu berborak dengan kawan-kawan di serambi pasti tersingkap juga auratnya.
Bagaimana kalau dia melakukan solat dengan kain itu walaupun dilabuhkan di bawa lutut? Waktu rukuk dan sujud setidak-tidaknya akan ternampak pahanya oleh orang yang di belakangnya. Sahkah solatnya?
Begitu juga kalau si ayah memakai kain pelakat di dalam rumah bersama anak-anak, lalu pada waktu duduk terselak bahagian lututnya. Agaknya berdosa atau tidak ketika itu? Jawapannya sudah tentu berdosa kerana aurat ketika bersama mahram ialah antara pusat dengan lutut.
Kalau berdasarkan keterangan di atas adalah haram hukumnya, bagaimana keadaannya anak-anak muda yang suka memakai seluar pendek di dalam rumah, bersukan, main bola dan sebagainya? Seluar pendek yang dipakai mereka adalah di atas lutut, maka dalam keadaan itu dia bukan sahaja mendedahkan lututnya malah mendedahkan pahanya.
Nampaknya lelaki secara berleluasa mendedahkan aurat mereka tatkala bersukan. Apakah atas alasan bersukan aurat boleh didedahkan? Ya, kalau berhadapan dengan Allah sewaktu bersolat pun salah, betapa ketika berhadapan dengan orang ramai. Pada zaman ini, bukan sahaja orang yang dalam stadium yang melihatnya tetapi seluruh dunia melihatnya. Bayangkan berapa besar dosanya ketika itu.
Pakaian sukan tajaan Barat memang begitu. Hal ini kerana dalam teori sains, mereka yang memakai pakaian longgar dan menutup tubuh boleh melambatkan pergerakan. Tetapi teori itu ternyata tidak tepat apabila pelari pecut wanita Islam (dari Bahrain-kalau tak salah penulis) dapat mengalahkan pelari lain yang hanya sekadar memakai cawat dalam sukan bertaraf dunia baru-baru ini.
Selain itu, kalau benarlah teori itu, mengapa perlu pakaian itu diperkenalkan kepada pemain boling. Sukan itu tidak memerlukan pergerakan pantas. Barat menipu kita dan kita hanya menurut sahaja tanpa mahu membantah. Kita akur dengan peraturan itu demi sukan padahal kita belum berani berbincang secara serius untuk mohon pengecualian bagi atlet Muslim.
Bayangkan sudah berapa lama umat Islam melakukan dosa mendedahkan aurat dalam bidang sukan. Jika dalam hal ini kita sudah berdosa dengan Allah, bagaimana usaha kita untuk membentuk perpaduan melalui sukan seperti yang sering diuar-uarkan. Mahukah Allah merestuinya?
Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Oleh Ustaz Ahmad Baei Jaafar
Subscribe to:
Posts (Atom)
