Life is ......

Life is ......
LaDy BiRd

Sunday, August 15, 2010

sOlat @ sembahyang?

Hampir kebanyakan umat Islam hari ini tidak terlepas daripada menggunakan

istilah "Sembahyang" yang merujuk kepada "Solat." Tetapi
pada hakikatnya,

istilah "Sembahyang" mempunyai maksud atau pengertian yang terdapat
unsur

"Syirik."



Professor Hasbi As Siddiqi di dalam salah satu bukunya, membahas perkataan

"Sembahyang. " Katanya; "Sembahyang di ambil daripada perkataan
"Sembah" dan

"Hyang" yang merujuk kepada nama dewa - dewa yang disembah oleh
penganut

Agama Hindu dahulu kala. "Sembahyang" juga diertikan sebagai
"menyembah

berhala yang bernama Hyang."



Dua pakar Bahasa Indonesia, yang salah seorangnya pernah datang ke Malaysia,

mengajar di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM), iaitu Dr Daniel juga telah

mengesahkan bahawa istilah "Sembahyang" merujuk kepada
"menyembah dewa yang

bernama Hyang."



Orang Buddha pergi ke Tokong, Orang Hindu pergi ke Kuil dan Orang Kristian

pergi ke Gereja menggunakan istilah "Sembahyang, " terserahlah
kepada mereka,

kerana memang terdapat unsur "Syirik" dalam ibadah mereka. Tetapi
Umat

Islam, Tidak sesuai sekiranya, "Solat" juga diistilahkan sebagai

"Sembahyang" , yang mana pada asalnya kata sembahyang itu merujuk
kepada

"menyembah dewa bernama Hyang."



Kalau boleh ubahlah ayat seperti seorang ibu mengarahkan anaknya bangun

untuk menunaikan Solat Subuh. "nak, bangun!. pergi "Sembahyang
Subuh,"

kepada "nak, bangun!. Pergi "Solat Subuh." Solat lebih tepat
istilahnya



Mungkin sebahagian daripada kita, akan menganggap bahawa hal ini hanyalah

hal yang remeh dan tidak begitu penting. Tetapi bagi mereka yang mempunyai

kesedaran Agama dan memetingkan kualiti ibadah, akan sentiasa berhati-hati

dan mengambil perhatian akan hal seperti ini.



SEBARKAN . . . Semoga Allah merahmati usaha kita. Amin!.

No comments:

Post a Comment