Life is ......

Life is ......
LaDy BiRd

Monday, October 10, 2011

Air muka penentu jodoh?





Mengantuk..tapi xdapat nak lelapkan mata..guling ke kiri..guling ke kanan.. Masih belum dapat melelapkan mata.. amik bantal tutup muka..pun tak boleh nak tidur..hmmmm..nak kol si dia takut lak mengganggu..takut mengganggu emosi orang tengah penat..ke mana hala tuju aku petang ni..nak buat kerja, tak rajin la pulak..
Hati teringat kat si dia..ku capai henpon lalu ku buka folder gambar..sambil mentap gambar aku berfikir..betul ke ni jodoh aku..hmmmm..dilema...orang cakap kalau jodoh ni air muka die sama..hampir seiras..terdetik kat hati ni..seiras ke muka aku dengan dia???? tak dapt berfikir lagi..aku terus capai laptopku yang baru beberapa bulan beroperasi..(nak bgtou laptop baru.hehehe).. aku pun buka la folder gambarku dalam external hard disk.. ku tenung satu persatu gambar aku..ase macam tak sama.huhu..ADAKAH????? oh, tidak..jangan teruskan..huhu.. 
Seingat aku muka kawan-kawan aku yang baru melangsungkan perkahwinan seiras..sume stakat ni de persamaan..AKU???? jangan la.. Tapi aku tengok muka mama dengan abah tak seiras pun..sejuk sket ati.. tiba-tiba teringat kata-kata mak suk bila de pasangan yang putus.."Dah agak dah diorang tak de jodoh..muka tak sama..tak seiras langsung!" Gulpp!! macam mana ni..detik hatiku... Betul-betul dalam dilema...
TAPI berbalik kepada qada dan qadar Allah..setiap yang berlaku adalah ketentuanNya..JodOh tu kat tangan die...jadi, kena terima la macam mana pun.. Kalau berkeras juga walaupun tak de jodoh pn tak guna gak..akhirnya akan putus jugak dipertengahan jalan.. JAdi sebelum memulakan apa-apa komitmen, kena la berfikir sebaiknya..pe yang boleh dilakukan sekarang adalah solat istikharah.. Mesti buat sebelum mendirikan rumah tangga. 
Macam mana la aku nanti seandainya dia bukan jodoh aku..??? first love..susahnya nak lupakan..bukan mudah aku nak suka dan terima orang dalam hidup aku..walau banyak yang datang tapi susah nak terima...setakat ni dia yang satu walaupun datang la beribu orang pun..kaya ke..hensem ke..sume aku tolak.. Kalau tak de jodoh, susah nak melupakan....susah nak buat-buat tak de pe..sebab kalau hilang dia ase macam hilang separuh dari diri aku..payah nak bangkit balik..mungkin juga susah nak cari pengganti..atau mungkin tak kan de pengganti...

p/s ----> Jangan lupa buat sOlat istikharah ya.. =)

No comments:

Post a Comment