Life is ......

Life is ......
LaDy BiRd

Friday, January 14, 2011

koi sebut...

Aku dilahirkan di Perlis tetapi dibesarkan di Pahang.. Nak kata aku pandai ckp loghat utara xla gak..tp aku faham la pe yg orang cakap sebab abah pun orang utara.. walaupun aku duk Pahang tapi aku tak pandai pun bertutur dalam loght pahang.huhu~~ sejak aku duk pahang sampai la aku umur 16 tahun aku xpandai pn cakap pahang..haram aku tou.huhu..sebab kat tempat aku ni Integrasi..masyarakat dari negeri yang pelbagai..so sume cakap bahasa standart la.. aku sekolah kat kuantan dulu pun cakap standart gak..ble aku pindah sekolah kat raub baru la aku dengar loghat pahang ni.huhu..

Loghat pahang ni pelik sket..die ikot arus sungai pahang..bukan aku kate..orang yang kaji ni la cakap.hehe.. makin laju arus sungai kat kawasan tu makin laju la percakapan orang tu.. kadang-kadang kalau naaik teksi kat temerloh ke @ at mana-mana, driver tu akan cakap "aok dari raub ye?" (awak dari raub ye?).. orang raub ni cakap laju sket..aku pun tak perasan sebenarnya..tapi bila kawan-kawan selalu suruh ulang balik pe yang aku cakap, aku pun setuju la dengan pendapat tu.hehe..

Abang aku boleh la sket2 cakap loghat raub ni..adik beradik yang lain tak pandai pun..yela sebab along bergaul dengan budak-budak pure raub dah lama..aku walau cne pun tak nak la cakap macam tu.huhu..macam buruk je.uhuk.uhuk.. loghat pahang ni berbeza-beza mengikut daerah..aku pun tak master sal benda-benda ni semua sebab pergaulan aku adalah pergaulan yang standart.ahahaha..agak poyos di situ..

Contoh perkataan yang berbeza , yang mudah la aku bg..

awak ---> aok..
keh ---> saya
koi----> saya..
biskut ---? bisket

macam lagi la..aku pun tak berapa tau.huhu..

cme aku nak share la satu cerita kat sini satu kejadian kat kedai makan akibat loghat pahang ni.hehe.. satu hari seorang pak cik ni datang la nak makan kat sebuah restoran..biase la nak makan-makan kan.. Dengan penuh dedikasinya seorang waiter ni datang la untuk melayan pak cik ni kot2 la nak order pe..

waiter : selamat datang pak cik..pak cik nnak order pe?
pak cik : koi nok koi sebOt..

   sambil mengerutkan dahi waiter ni pun mengambil pesanan dan memandang pak cik ni berkali-kali..tanpa berlengah lagi waiter ni pun berlalu..
  Beberapa minit kemudian waiter tersebut datang dengan sebuah dulang yang berisi sebotol minuman..kemudian dia meletakkan botol minuman tersebut di atas meja pak cik tersebut.. CARLSBERG !!! Pe lagi..terjojol la bijik mata orang tua tu..

pak cik : eh, koi tak order ni..
waiter : tapi tadi pak cik cakap nak carlsberg..
pak cik : tadi koi cakap..koi nak koi sebut.. (saya nak saya cakap @ saya nak nanti saya order la)
waiter : maaf pak cik..

waiter tersebut berlalu sambil menggaru-garu kepalanya..ahahaha...

ni la padahnya kalau ayam cakap dengan itik.hehehe...



-----> keh nak tido doh ni..hehe..

No comments:

Post a Comment